Permulaan
Posted Wednesday, 1 January 2014 // 19:24
Kecil

Kecil dahulu.
Pasti kita akan senantiasa merindui zaman kecil dahulu.
Tiada perkara yang pahit akan terpancul dari mulut jika mengimbau kembali zaman kecil dahulu.
Semua indah.
Semua gembira.
Kerana waktu itu kita masih kecil.
Terlalu kecil untuk melakukan segalanya.
Bangun tidur, ibu kejutkan.
Mandi, ibu mandikan.
Mainan, ayah belikan.
Tangis, ayah pujukkan.
Segalanya menarik ketika kecil dahulu.
Tidak kenal erti penat bermain.
Semua waktu di habiskan dengan bermain.
Tika itu ingat kah engkau akan keseronokkan bermain hujan?
Bermain tanah?
Walaupun dimarah tapi ketika itu engkau masih kecil untuk kau mengerti.

Kecil. .
Waktu yang paling penuh dengan gelak tawa
Setiap kali menangis pasti ditanya mengapa.
Tapi ketika itu engkau masih tidak sedar
Kerana engkau masih kecil.
Minta itu ini diberikan.
Sukar untuk dimarahi kerana enggkau masih kecil.
Tidak hairanlah mengapa manusia sentiasa merindui zaman kecil mereka.
Jika zaman kecil engkau tiada yang indah
Maka sayangnya,
Kerana hanya ketika engkau kecil lah
Semua kemanisan dapat dirasai
Sesungguhnya waktu kecil mu
Tidak akan kembali apabila dewasa
Semoga zaman kecilku sentiasa berada di dalam ingatan.

2014
Posted Tuesday, 31 December 2013 // 21:07
Assalamualaikum. .

IT'S ALREADY 2014 !

Okay dah masuk 2014. Banyak lah kata-kata semangat yang sedang aku tulis untuk diri aku sendiri. Kalau nak suruh orang yang tuliskna mesti lah penuh dengan kata-kata negatip. Yerr daak? So banyak benda yang aku dah semakin faham mengenai hidup. Belajar itu ini. Paling yang aku nanti-nanti *masuk uni* dah pun tercapai. Cuma perlu diperbetulkan sikit kemalasan ni. Semoga tahun baru akan lebih beri aku semangat dan kematangan dan menjadi lebih solehah. Amin.

Okay lah u'allss tu je yang i'alls nak cerita. Byeeee xx
Setelah lama.
Posted Sunday, 27 October 2013 // 22:12
Assalamualaikum readers.

Dah lama gilaa aku tak berblog ni kan. Rasa sangat lah malas teramat sangat nak berblog ni. Yelah segmen blog ni dah tak sehangat dulu. kalau ade yang bace pon 2 3 kerat je. Tapi aku amat merindui jiwa berblog ni. Entah mungkin jiwa remaja aku ni dah menjadi semakin tua. Dulu apee yang aku rasakan seronok hanya sekadar menghias laman keseronokkan. Sekarang aku lebih menhargai masa. Mungkin.

Now, aku tengah dalam mood sem break. 6 weeks beb cuti. Ade ramai orang cakap lama. Tapi pada aku macam kejap je. Dulu nak tunggu 4 bulan abis sem. 1 memang aku rasa lama gila. Sekarang ni kalau duduk rumah kejap je dah pukul 6 petang. Kemain kan?

Btw, pade sape yang tak tau lagi. Aku study asasi dekat palam course sains. Memule tu time MDS (Minggu Destini Siswa) sangat lah boring. Kena bangun pukul 5 pagi then masuk tidur pukul 2 3 pagi. Larat lah sangat mate ni. First day habis je MDS semua rasa merdeka. Tapi hampeh kot. Semua kene bersesak-sesak carik kehidupan sendiri. Hahahaha. Yang best nyer nak bangun ke tanak bangun ke depends on yourself lah kan.

So nak tau macam mana 4 bulan tu aku lalui? Maigooddddd. . To those yang rasa tak kuat tu better belajar yang long-term punya. jangan nak mengada macam aku amek short term study ni. Sangat lah boring weh. Dengan assignment, mastering, tutorial work, quiz, lecture, test. Sumpah lah havoc gila. kalau orang jensi yang lambat macam aku ni mesti kalau tak nangis bile dah tension tu memang tak sah lah kan. Kalau dekat rumah aku tu, semua kemain meroyan sebab stress. Mana tak nyer, sabtu ahad di isi dengan kerja tutorial. Kalau yang malas tu memang lah manfaat untuk keluar. Tapi susah kot nak keluar. Yelah kalau dekat tempat sendiri naik kereta. Ni dekat sane nak naik bas bagai. Letih nokss.

Okay dah ah boring citer pasal life dekat U. Now nak cerita dekat u'olls. I meet two girls yang awesome gilaaaaaaa. yang sorang ni Tirah and sorang lagi Syeraa. Dyorang ni lah yang aku duk berkepit 24/7. Korang memang the best. Please keep our secret eh. Hahahaha.

Okay lah korang I dah takde idea nak type ape. Bye. xoxo
Ada hikmah Inshaa-Allah
Posted Sunday, 19 May 2013 // 23:20
Salamualaikum semua..

It's have been long time since my last update right? *intro omputih katekoo

Banyak yang aku lalui setelah habis spm tahun lepas. So meh start kan cerita ku ini.

PENGALAMAN KERJA YANG PERTAMA

Habes je SPM biase lerr semua orang sebuk dok fikir nak keje ape? Keje mane? Same goes with me. Tapi aku ni lain sikit. Yelahh anak perempuan kan. So everything under parents guide. So ikut je lah. Kerja pertama aku ialah sebagai seorang pekerja kilang. Macam mane kerja kilang? SANGAT SUSAH. Sebab boss tu bukan orang kita. And boss yang dia tahu dia nak untung je. Orang keje banyak mane pun gaji still sikit. And pernah sekali tu aku kena marah dengan boss sebab buat kerja lambat. *asdfghkl lah kan. Yelahh aku ni budak baru tp disuruh buat cepat2. Lek ahh. So disebabkan tak tahan aku keje lebih kurang 2 bulan then QUIT.

KERJA KE-DUA

Lepas je berenti aku menganggur lebih kurang dalam sebulan macam tu. Ni semua gara-gara nak habeskan kelas memandu katenye. So aku tekad kali ni nak carik keje yang dekat dgn rumah which is keje dekat shopping mall. Yelah tu kan keje peberet remaje sekarang kan. So carik punye lah carik then aku ditawarkan macam-macam job. But then bile dah fikir-fikir aku pilih untuk bekerja di SUSHI KING. Yups guysss keje dekat sushi weyh. Kalau cakap keje sushi je mesti orang cakap "dapat sushi free lah kan" and sebenarnya tak pun. Everything yang korang makan harus lah dibayar sendiri kay. Just they give you some discounts. Hee~~ But the best part is kerja situ ialah dah macam kerja dekat jepun. Kene belajar bahasa jepun. And macam-macam lagi. Tapi staff dekta situ paling best gila. Manager and ass. manager cool gilaa tokk. Boleh gurau semua. Layan kepala habis. Macam ayah, kaka, adik beradik. Tapi lebih PENAT dari keje kilang sebab aku ni bahagian service so tired sikit lah. Kena berdiri sentiasa.Then  end of April aku berenti keje. So aku keje sushi dalam 2 bulan macam tu. Last day tu macam *asdfghjkl seh. Aku dipaksa masuk shift closing.Then lepas customer balik and after closing maka mulalah party simbah menyimbah. Sumpah lah aku geram. Kena simbah dengan ais, dengan air sabun. Naseb baik manager tak bagi pakai air kotor. Kalau tak sumpah dah kena simbah dengan air wasabi shoyu nitsume bagai. Silap-silap air longkang pun sekali. And paling kurang ajar manager siap join. Geraaam gila. But malam tu best sebab semua basah. Yang tanak basah pun dipaksa basah. Now aku menganggur lagi and aku kerap jugak lah singgah sushi sebab rindu dengan ex staff situ. KORANG MEMANG DA BEST !

KELAS MEMANDU :|

Okay now nak cerita pasal driving class. Haihh punya lah eksited sebab since last year aku dah pergi daptar untuk dapatkan lesen kereta. But semuanya hampa. Dah  lah bayar mahal tapi service kat situ tak bagus sebab kelas hanya free 2 minggu sekali . So memang berbulan lah aku nak habiskan kelas 10jam tu kan. Yelaah aku kalau nak belajar pun paling lama 2jam sebab bosan gila. And tiba kali pertama test jpj aku tak pass. Aku rasa maybe sebab kereta tu bengong kot. Yelaah kereta dah buruk. So first jpj FAIL. Then repeat and attend for the second jpj. Second jpj punya lah aku nebes gilaa yongg. .2hari tak boleh tido lena. Time jpj tu punya lah aku eksited sampai tunggu van pukul 7 pagi but then van sampai pukul 11 pagi. Macam apekan? Dah aku down gilaa. Then sampai dekat tmpt jpj tu orang sumpah ramai gilaa. Dekat pukul 1 jugak lah aku start test. And paling menakutkan ialah jpj haritu garang gila . Jpj nye staright gila. Aku tak suke. Lagi best jpj mse first time tu. So the result? Aku FAIL jugak. So for now aku hanya ada lesen L. Kayy fine.

TAWARAN BELAJAR

Dari result spm belum keluar sampai dah keluar macam-macam surat tawaran aku dapat. But aku tak amek tau pon sebab semuanya swasta kan. So yang gettin' eksited ialah mama. Hihi. So now officially aku terima tawaran melanjutkan pelajaran ke UiTM PUNCAK ALAM PERDANA dalam bidang ASASI SAINS. Doakan semuanya berjalan lancar eh? Sekarang ni baru dalam proses nak print itu ini nak beli itu ini. Baru nak daftar. So anything I'll update later eh? 

Okay penat dah nak taip. Nanti kite borak lagi kay. Doakan semua nya dipermudahkan oleh Allah. Salam.

Yeaayy !! Ada blog balik.
Posted Tuesday, 7 May 2013 // 22:36
Salammualaikum semua.

Ceett~~ yeayy alhamdulillah aku ada blog balik. Elehh. Eleehh. HAHAHAHAHAHA. Seronok seh ade blog. Rasa macam nak taip lelaju. Eh eh. Tapi tak tau nak taip ape. Nak tau tak? Blog ni tak cantik lagi. Hahahaha. So aku pinjam dekat blogskin temlate ni. Ni lah yang paling cute bagi aku. So now reconstruction blog telah pun bermula kembali. Let's make it simple. And untuk semua

HELLO AKU AZZA. DAN INI CERITA DAN PERJALANAN KU.
http://azzazuwany.blogspot.com/