Ada hikmah Inshaa-Allah
Posted Sunday, 19 May 2013 // 23:20
Salamualaikum semua..

It's have been long time since my last update right? *intro omputih katekoo

Banyak yang aku lalui setelah habis spm tahun lepas. So meh start kan cerita ku ini.

PENGALAMAN KERJA YANG PERTAMA

Habes je SPM biase lerr semua orang sebuk dok fikir nak keje ape? Keje mane? Same goes with me. Tapi aku ni lain sikit. Yelahh anak perempuan kan. So everything under parents guide. So ikut je lah. Kerja pertama aku ialah sebagai seorang pekerja kilang. Macam mane kerja kilang? SANGAT SUSAH. Sebab boss tu bukan orang kita. And boss yang dia tahu dia nak untung je. Orang keje banyak mane pun gaji still sikit. And pernah sekali tu aku kena marah dengan boss sebab buat kerja lambat. *asdfghkl lah kan. Yelahh aku ni budak baru tp disuruh buat cepat2. Lek ahh. So disebabkan tak tahan aku keje lebih kurang 2 bulan then QUIT.

KERJA KE-DUA

Lepas je berenti aku menganggur lebih kurang dalam sebulan macam tu. Ni semua gara-gara nak habeskan kelas memandu katenye. So aku tekad kali ni nak carik keje yang dekat dgn rumah which is keje dekat shopping mall. Yelah tu kan keje peberet remaje sekarang kan. So carik punye lah carik then aku ditawarkan macam-macam job. But then bile dah fikir-fikir aku pilih untuk bekerja di SUSHI KING. Yups guysss keje dekat sushi weyh. Kalau cakap keje sushi je mesti orang cakap "dapat sushi free lah kan" and sebenarnya tak pun. Everything yang korang makan harus lah dibayar sendiri kay. Just they give you some discounts. Hee~~ But the best part is kerja situ ialah dah macam kerja dekat jepun. Kene belajar bahasa jepun. And macam-macam lagi. Tapi staff dekta situ paling best gila. Manager and ass. manager cool gilaa tokk. Boleh gurau semua. Layan kepala habis. Macam ayah, kaka, adik beradik. Tapi lebih PENAT dari keje kilang sebab aku ni bahagian service so tired sikit lah. Kena berdiri sentiasa.Then  end of April aku berenti keje. So aku keje sushi dalam 2 bulan macam tu. Last day tu macam *asdfghjkl seh. Aku dipaksa masuk shift closing.Then lepas customer balik and after closing maka mulalah party simbah menyimbah. Sumpah lah aku geram. Kena simbah dengan ais, dengan air sabun. Naseb baik manager tak bagi pakai air kotor. Kalau tak sumpah dah kena simbah dengan air wasabi shoyu nitsume bagai. Silap-silap air longkang pun sekali. And paling kurang ajar manager siap join. Geraaam gila. But malam tu best sebab semua basah. Yang tanak basah pun dipaksa basah. Now aku menganggur lagi and aku kerap jugak lah singgah sushi sebab rindu dengan ex staff situ. KORANG MEMANG DA BEST !

KELAS MEMANDU :|

Okay now nak cerita pasal driving class. Haihh punya lah eksited sebab since last year aku dah pergi daptar untuk dapatkan lesen kereta. But semuanya hampa. Dah  lah bayar mahal tapi service kat situ tak bagus sebab kelas hanya free 2 minggu sekali . So memang berbulan lah aku nak habiskan kelas 10jam tu kan. Yelaah aku kalau nak belajar pun paling lama 2jam sebab bosan gila. And tiba kali pertama test jpj aku tak pass. Aku rasa maybe sebab kereta tu bengong kot. Yelaah kereta dah buruk. So first jpj FAIL. Then repeat and attend for the second jpj. Second jpj punya lah aku nebes gilaa yongg. .2hari tak boleh tido lena. Time jpj tu punya lah aku eksited sampai tunggu van pukul 7 pagi but then van sampai pukul 11 pagi. Macam apekan? Dah aku down gilaa. Then sampai dekat tmpt jpj tu orang sumpah ramai gilaa. Dekat pukul 1 jugak lah aku start test. And paling menakutkan ialah jpj haritu garang gila . Jpj nye staright gila. Aku tak suke. Lagi best jpj mse first time tu. So the result? Aku FAIL jugak. So for now aku hanya ada lesen L. Kayy fine.

TAWARAN BELAJAR

Dari result spm belum keluar sampai dah keluar macam-macam surat tawaran aku dapat. But aku tak amek tau pon sebab semuanya swasta kan. So yang gettin' eksited ialah mama. Hihi. So now officially aku terima tawaran melanjutkan pelajaran ke UiTM PUNCAK ALAM PERDANA dalam bidang ASASI SAINS. Doakan semuanya berjalan lancar eh? Sekarang ni baru dalam proses nak print itu ini nak beli itu ini. Baru nak daftar. So anything I'll update later eh? 

Okay penat dah nak taip. Nanti kite borak lagi kay. Doakan semua nya dipermudahkan oleh Allah. Salam.

0 Comments:

Post a Comment

Thanks for your comment(s)

... Back to the blog?

http://azzazuwany.blogspot.com/