Setelah lama.
Posted Sunday, 27 October 2013 // 22:12
Assalamualaikum readers.

Dah lama gilaa aku tak berblog ni kan. Rasa sangat lah malas teramat sangat nak berblog ni. Yelah segmen blog ni dah tak sehangat dulu. kalau ade yang bace pon 2 3 kerat je. Tapi aku amat merindui jiwa berblog ni. Entah mungkin jiwa remaja aku ni dah menjadi semakin tua. Dulu apee yang aku rasakan seronok hanya sekadar menghias laman keseronokkan. Sekarang aku lebih menhargai masa. Mungkin.

Now, aku tengah dalam mood sem break. 6 weeks beb cuti. Ade ramai orang cakap lama. Tapi pada aku macam kejap je. Dulu nak tunggu 4 bulan abis sem. 1 memang aku rasa lama gila. Sekarang ni kalau duduk rumah kejap je dah pukul 6 petang. Kemain kan?

Btw, pade sape yang tak tau lagi. Aku study asasi dekat palam course sains. Memule tu time MDS (Minggu Destini Siswa) sangat lah boring. Kena bangun pukul 5 pagi then masuk tidur pukul 2 3 pagi. Larat lah sangat mate ni. First day habis je MDS semua rasa merdeka. Tapi hampeh kot. Semua kene bersesak-sesak carik kehidupan sendiri. Hahahaha. Yang best nyer nak bangun ke tanak bangun ke depends on yourself lah kan.

So nak tau macam mana 4 bulan tu aku lalui? Maigooddddd. . To those yang rasa tak kuat tu better belajar yang long-term punya. jangan nak mengada macam aku amek short term study ni. Sangat lah boring weh. Dengan assignment, mastering, tutorial work, quiz, lecture, test. Sumpah lah havoc gila. kalau orang jensi yang lambat macam aku ni mesti kalau tak nangis bile dah tension tu memang tak sah lah kan. Kalau dekat rumah aku tu, semua kemain meroyan sebab stress. Mana tak nyer, sabtu ahad di isi dengan kerja tutorial. Kalau yang malas tu memang lah manfaat untuk keluar. Tapi susah kot nak keluar. Yelah kalau dekat tempat sendiri naik kereta. Ni dekat sane nak naik bas bagai. Letih nokss.

Okay dah ah boring citer pasal life dekat U. Now nak cerita dekat u'olls. I meet two girls yang awesome gilaaaaaaa. yang sorang ni Tirah and sorang lagi Syeraa. Dyorang ni lah yang aku duk berkepit 24/7. Korang memang the best. Please keep our secret eh. Hahahaha.

Okay lah korang I dah takde idea nak type ape. Bye. xoxo
0 Comments:

Post a Comment

Thanks for your comment(s)

... Back to the blog?

http://azzazuwany.blogspot.com/