Permulaan
Posted Wednesday, 1 January 2014 // 19:24
Kecil

Kecil dahulu.
Pasti kita akan senantiasa merindui zaman kecil dahulu.
Tiada perkara yang pahit akan terpancul dari mulut jika mengimbau kembali zaman kecil dahulu.
Semua indah.
Semua gembira.
Kerana waktu itu kita masih kecil.
Terlalu kecil untuk melakukan segalanya.
Bangun tidur, ibu kejutkan.
Mandi, ibu mandikan.
Mainan, ayah belikan.
Tangis, ayah pujukkan.
Segalanya menarik ketika kecil dahulu.
Tidak kenal erti penat bermain.
Semua waktu di habiskan dengan bermain.
Tika itu ingat kah engkau akan keseronokkan bermain hujan?
Bermain tanah?
Walaupun dimarah tapi ketika itu engkau masih kecil untuk kau mengerti.

Kecil. .
Waktu yang paling penuh dengan gelak tawa
Setiap kali menangis pasti ditanya mengapa.
Tapi ketika itu engkau masih tidak sedar
Kerana engkau masih kecil.
Minta itu ini diberikan.
Sukar untuk dimarahi kerana enggkau masih kecil.
Tidak hairanlah mengapa manusia sentiasa merindui zaman kecil mereka.
Jika zaman kecil engkau tiada yang indah
Maka sayangnya,
Kerana hanya ketika engkau kecil lah
Semua kemanisan dapat dirasai
Sesungguhnya waktu kecil mu
Tidak akan kembali apabila dewasa
Semoga zaman kecilku sentiasa berada di dalam ingatan.

0 Comments:

Post a Comment

Thanks for your comment(s)

... Back to the blog?

http://azzazuwany.blogspot.com/